PETAM...A : kita adalah sebagai Umat AKHIR zaman...
Allah s.w .t telah memilih kita sebagai umat akhir zaman dimana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas kita.
Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hingga ke zaman nabi Muhammad s.a .w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a .w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w. t. .
Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a .w kerana Allah tdk mau umat nabi Muhammad s.a .w. berada terlalu lama di padang mahshar.
SAHABA SMUA NA
Coba bayangkan berapa lama umat manusia perlu berada di padang Mahshar kerana beribu juta manusia dihisab seorang demi seorang oleh ALLAH s. w.t dan ALLAH s. w.t telah memilih Umat nabi Muhammad s.a .w untuk dihisab terlebih dahulu berada di barisan perrama.. .
KEDUA : Pahala yang berlipat ganda.
Kebaikan yang Umat nabi Muhammad s.a .w lakukan akan dibalas dengan berlipat ganda. 1 amalan dibalas dengan 10 kebajikan. MasyaALLAH.. begitu sayang ALLAH s.w .t kepada umat nabi Muhammad dibanding dengan umat2 yang terdahulu. Malahan, 1 kesalahan yang dilakukan akan dibalas dengan satu dosa yang setimpal. Sungguh kasih ALLAH s.w.t kepada kita iaitu umat Nabi Muhammad s. a. w.
KETIGA : Syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Muhammad s.a .w merupakan satu2 nya nabi yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a .w. Umatw yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi Muhammad s. a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w. t untuk menerima syafaat oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a .w. Namun kini berapa ramai yang malu untuk mengaku sebagai seorang Islam. Berapa ramai yang malu untuk mengaku kita kasih dan sayang kepada Nabi junjungan kita nabi Muhammad s. a.w .
KEEMPAT : Penangguhan siksaan di dunia
Umat nabi muhammad s. a.w tidak akan diseksa atau di jatuhkan hukuman oleh ALLAH sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad s. a. w telah memohon kepada ALLAH supaya memberikan peluang kepada Umatnya sehingga hari pembalasan untuk bertaubat kepada ALLAH terhadap kesalahan2 yang dilakukan.kita tinjau keadaan2 umat terdahulu yang dihapuskan oleh ALLAH s.w. t diatas muka bumi kerana kesalahan2 yang dilakukan namun bagi umat akhir zaman, peluang diberikan oleh ALLAH selagi mana nyawa tidak bercerai dengan jasad, umat nabi Muhammad s.a .w masih boleh memohon keampunan kepada ALLAH s. a.w. Begitu besar keistimewaan kita sebagai umat nabi Muhammad.
KELIMA : Malam Lailatul Kadar
Umat nabi muhammad s. a. w merupakan satu2 nya umat yang diberikan oleh ALLAH satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam lailatul kadar. SubhanALLAH. maha suci ALLAH yang maha pengasih dan penyayang kepada kita. Diberikan kita peluang2 yang sangat tidak ternilai harganya untuk kita kumpul untuk bekalan di akhirat kelak. Betapa beruntungnya kita digelar Umat nabi Muhammad s. a.w .
Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan Nabi yang digelar kalamULLAH... (nabi yang dpt berkata2 dengan ALLAH s.w.t) Yaitu nabi Musa As.
Nabi musa as bertanya kepada ALLAH s.w. t : “Adakah akan wujud satu umat yang lebih baik dari umat ku ini Ya ALLAH?"
ALLAH menjawab :"Ya",
Nabi Musa berkata lagi : ”jika begitu Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU untuk mejadi nabi bagi umat yang terbaik itu.”
ALLAH menjawab : "AKU telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua bagi umat ini".
Nabi Musa berkata : "Kalau begitu Ya ALLAH, cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu".
ALLAH s.w. t menjawab : "AKU telah memilih siapakan yang akan menjadi umat terbaik ini." SubhaNALLAH .
Memang kita tidak meminta untuk menjadi umat akhir zaman namun ALLAH s.w. t telah MEMILIH kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment